Akhirnya, Jambatan ini siap di awal tahun 2024...Syukur, sekarang dapat memudahkan penduduk yang berhampiran untuk terus direct ke Limbang mahupun Lawas tanpa memerlukan Pasport...dari Jambatan ni untuk ke Limbang mengambil masa dalam 5- 6 jam bergantung dengan keadaan cuaca..Ini adalah kerana dari jambatan ini kita terpaksa melalui satu bukit tinggi yang dinamakan BUKIT MAGOH, bukit yang menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah orang yang belum terbiasa melaluinya😁😁
Kalau dari Bandar Miri untuk ke Jambatan ni kena melalui Pekan Bekenu-Pekan Bakong-Pekan Long Lama-Long Bedian-Long Kevok-Long Kawa dengan mengambil masa kurang lebih dalam 5-6 jam juga...
No comments:
Post a Comment