Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya naik Pesawat/flight yang tidak pernah saya alamai selama ini. Kejadian ini masih menghantui fikiran saya sehingga saya rasa fobia mau naik flight lagi😬😬.
Saya dan suami naik flight dari Myy ke Kuching pada malam 17 Oktober 2022. Penerbangan kami diawalkan dari jadual yang telah ditetapkan.
Semasa berlepas dari Miri, cuaca agak baik tdk lagi hujan. Tdk sampai 5 minit berlepas cuaca sudah mula tdk berapa mengizinkan. Terasa sangat flight kami sekolah-olah di pukul ombak dan ada Kadang2 rasa terhempas jatuh.. Pada ketika ni sudah kedengaran teriakan serta tangisan anak2. Pada ketika ini, badan sudah rasa lemah, sesak nafas, jantung sekolah-olah mau terkeluar.. Hanya Tuhan yang tau macam mn situasi ketika itu.. Tdk dapat saya cerita kan keadaan masa itu, sebijik yang kita saksi kan dalam tv😬.
Dalam fikiran cuma dapat pasrah, Kehendak serta Rancangan Tuhan adalah TERBAIK.. Campur tangan Tuhan itu selalu nyata dalam hidup kita.. Sempat terbayang dan fikir kalau lah flight itu terjadi apa2 sebab bunyi di dalam dan diluar sangat jelas kedengaran bagai kan sayap kapal terbang itu hendak patah😢😢huhuhu.. Sehingga kan petugas dalam kapal terbang itu tdk dapat menghantar makanan kpd yg telah memesan. Kelihatan petugas juga agak sangat tenang, mungkin perkara sebegini adalah perkara biasa bagi mereka.. Atau mereka harus berlakon sekolah-olah tiada apa di hadapan kami🙄
Keadaan bertambah baik sebarik sahaja kami menghampiri bandaraya Kuching & akhirnya dengan izin Tuhan kami selamat sampai🙏 Syukur Tuhan atas penyertaanMu. Engkau tidak pernah membiarkan umatMu dalam masalah.. Pengalam ini mungkin akan menjadi kenangan pahit bagi saya sepanjang terbang di awan biru...


2 comments:
Pengalaman yang tdk dapat dilupakan
😭😭😭
Post a Comment