27 SEPTEMBER 2022:
Hai Semua Keluarga Onlineku, apa khabar? Rasanya sudah lama sangat tidak meninjau ruangan Diary Onlineku ini...Blogger yang dulunya dibuka oleh kerana tuntutan semasa menjadi seoarang pelajar (PJJ) di UUM yang berpusat di Miri, Sarawak..Setelah berjuang hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian dan buat masa ini hanya menunggu masa untuk hari convocation..Bila di fikir2 excited juga rasanya..tak sabar..๐๐ ๐
Banyak kenangan manis sepanjang menjadi seorang pelajar pada masa yang sama bekerja untuk syarikat sendiri, Ibu kepada anak-anak dirumah malah terkadang mengambil alih tugas seorang suami dalam mengetuai keluarga disebabkan suami selalu out station atas tuntutan kerja.
Memori pahit yang sentiasa segar diingatan adalah tatkala teringatkan seorang Pensyarah yang juga merupakan orang yang mengajar subjek ini telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya. Beliau juga dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran dalam peringkat PHD dan telah berjaya pun namun beliau tidak sempat menghadiri majlis Convocation..๐ข Beliau seorang Pensyarah yang sangat ceria dan tidak pernah kedekut dengan Ilmu serta Pengalaman..
.jpeg)

No comments:
Post a Comment