Tuesday, 18 October 2022

Pengalaman Ngeri Naik Flight

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya naik Pesawat/flight yang tidak pernah saya alamai selama ini. Kejadian ini masih menghantui fikiran saya sehingga saya rasa fobia mau naik flight lagi😬😬.

Saya dan suami naik flight dari Myy ke Kuching pada malam 17 Oktober 2022. Penerbangan kami diawalkan dari jadual yang telah ditetapkan. 

Semasa berlepas dari Miri, cuaca agak baik tdk lagi hujan. Tdk sampai 5 minit berlepas cuaca sudah mula tdk berapa mengizinkan. Terasa sangat flight kami sekolah-olah di pukul ombak dan ada Kadang2 rasa terhempas jatuh.. Pada ketika ni sudah kedengaran teriakan serta tangisan anak2. Pada ketika ini, badan sudah rasa lemah, sesak nafas, jantung sekolah-olah mau terkeluar.. Hanya Tuhan yang tau macam mn situasi ketika itu.. Tdk dapat saya cerita kan keadaan masa itu, sebijik yang kita saksi kan dalam tv😬. 

Dalam fikiran cuma dapat pasrah, Kehendak serta Rancangan Tuhan adalah TERBAIK.. Campur tangan Tuhan itu selalu nyata dalam hidup kita.. Sempat terbayang dan fikir kalau lah flight itu terjadi apa2 sebab bunyi di dalam dan diluar sangat jelas kedengaran bagai kan sayap kapal terbang itu hendak patah😢😢huhuhu.. Sehingga kan petugas dalam kapal terbang itu tdk dapat menghantar makanan kpd yg telah memesan. Kelihatan petugas juga agak sangat tenang, mungkin perkara sebegini adalah perkara biasa bagi mereka.. Atau mereka harus berlakon sekolah-olah tiada apa di hadapan kami🙄

Keadaan bertambah baik sebarik sahaja kami menghampiri bandaraya Kuching & akhirnya dengan izin Tuhan kami selamat sampai🙏 Syukur Tuhan atas penyertaanMu. Engkau tidak pernah membiarkan umatMu dalam masalah.. Pengalam ini mungkin akan menjadi kenangan pahit bagi saya sepanjang terbang di awan biru... 


Sunday, 16 October 2022

Short Escape ke Sipitang, Sabah

Bagi yang bekerja sendiri seperti kami adalah satu nikmat kalau dapat mencuri sikit masa untuk lari sebentar dari kesibukan kerja..bagi kami, percutian mmg tidak dapat di rancang sebab pekerjaan kami tidak mengira masa,tempat dan bila😬😬

Hujung minggu macam ni mmg ramai orang jadi terpaksa menunggu que yang panjang untuk menaiki feri ke Kuala Lawas..

Setiba sampai di Pintu masuk negeri Sabah, kita akan dikehendaki menunjukan kad pengenalan kepada pegawai Imigresen disana..



Setiba sampai di pasar Beaufort, Sabah kami tidak melepaskan peluang untuk mencari soto sebab soto adalah salah satu makanan yang popular di sini tapi sedihnya, soto tak ada hari ini...

Kalau di tempat kami kui ini di panggil "kuih Boom", yang menariknya disini kuih boom nya sangat besar saiznya..dijual dalam RM2 sebiji..intinya ada macam2, ada bangkuang, ada kacang merah, ada daging..sedap & sangat berbaloi dengan harga..very recommended😋 


Adalah tidak lengkap kalau datang sini tidak singgah membeli ikan Bilis. Banyak gerai yang menjual ikan bilis serta ikan masin tidak ketinggalan juga udang kering..Yang bestnya, kita boleh tawar menawar dengan penjual..


Kali ini kami bernasib baik sebab terjumpa dengan penjual ketam dan lokan, Disini kita boleh dapat dengan harga yang sangat murah lagi2 masih hidup dan sangat fresh..




Di sekitar pasar Sipitang juga sangat ramai pengunjung terutama orang negara Brunei. Terdapat pelbagai buah2an serta makanan di jual digeri tepi2 jalan...Saya tertarik dengan "buah Dabai", hampir terkedu juga saya apabila menanya harga sekilo..RM50 perkg..😁😁
Buah rambutan pun agak mahal sebab sekilo dalam RM15.00...
 

Monday, 10 October 2022

 


Selamat pagi Sahabat Online ku.. Apa khabar hari ini.. Semoga semua urusan kita dipermudahkan hari ini.. 🙏🙏Amen!



By the ways, Sahabat sudah sarapan belum? Pagi ni, ada rezeki dapat makan kolok mee.. Kalau Sahabat nak tau, kolok mee di Bandar Miri adalah antara yang kolok mee yang paling sedap tau😋jadi, kalau Sahabat ada peluang datang ke Miri, jangan lepas kan peluang utk merasa sendiri kenikmatan kolok mee nya.. 😂

Friday, 7 October 2022

~Baruk Marek Balit , Hari Tok Travel Agik.. Sik Berasa😬~

Hari Ini Jalan jauh lagi menemani En Suami atas urusan kerja.. Kali ini kami menuju ke Betong sebab disana memang ada 3 site projek..Kami 2 menggunakan hilux single Cab saja Kerana terus mengangkat kayu.. Masa bertolak dari Miri tadi sempat juga Hujan tapi Tak berapa lebat dan Tak juga lama... Harap2 perjalanan kami kali ini dipermudahkan... Dan doakan kami selamat sampai.. 🙏🙏🙏

Beginilah kerja kami, sekejap di sini sekejap di sana.. Anak2 terpaksa kami tinggal kan sementara.. 😔 Harap anak2 akan faham suatu hari nanti.. Bahawa smua kerja keras serta pengorbanan kami sekarang adalah smua nya demi mereka.. Demi masa depan mereka.. 

         

                        
                                   -Jalan Pan Borneo-








Wednesday, 5 October 2022

~ Cabaran Buat Anak Pedalaman Sarawak~

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengikut suami. Perjalanan kami dari Miri melintas negara Brunei Darul salam utk ke Limbang. Memandangkan jambatan di laluan utama telah roboh pada tahun lepas, sehingga hari ini belum lagi di bina Baru.

Perjalanan dari Limbang ke Long Seridan mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam.. Memandangkan cuaca tdk berapa mengizinkan juga, perjalanan kami menjadi sangat lambat disebabkan hari hujan.. Kami terpaksa meredah sungai disebabkan tidak dapat menaiki satu bukit tinggi yang sangat digeruni di panggil "bukit magoh".. 

Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan dari kampung Long Seridan ke Lawas. Kami bertolak dari Seridan dalam jam 10 pagi, smpi di Lawas pada jam 8.00 malam.. Sepanjang perjalanan banyak dugaan yang kami tempuhi di tambah lagi dengan tayar kereta yang sempat pancit.. 😬😬 Perjalanan selama 2 hari tu jugalah tdk dapat merasa makan nasi, hanya makan mee Maggi sup utk mengalas perut..walaupun begitu, mee Maggi lah yang paling sedap kalau di makan di dalam hutan.. 😅

Ini lah tempat Jambatan penghubung yang telah runtuh pada tahun lepas.. Lokasi ini terletak di Kampung Long Kawa.. 

Akibat daripada laluan ini terputus hubungan, kita terpaksa menggunakan perahu untuk menyeberang.. Tambang perahu dalam RM10 per kepala sekali menyeberang.. 😬

Ini lah sungai Seridan yang terpaksa kita rempuh untuk menyeberang.. Kami bernasib baik sebab paras air tidak tinggi.. 

Kami juga sempat melawat ke kampung2 yang dulu ya tempat kami memasang sistem solar.. Kebanyakan kampung di sini terdiri daripada kampung penduduk Penan.. 

Long Ludin

DI sini kita dapat melihat perbezaan yang sangat ketara antara negeri kita sarawak terutama kawasan pedalaman macam ni sangat jauh dari kemajuan di Bandar.. Banyak perkara yang kita jauh ketinggalan & tidak kita nikmati seperti negeri2 lain.. Adakah kita akan terus Menjalani kehidupan sebegini atau kita ingin kan perubahan? Ingin kan kemajuan? Dahagkan pembangunan di tempat kita? Semua nya terletak di tangan kita sebagai seorang Rakyat.. Marilah tunai kan kewajipan kita sebagai seorang Rakyat Malaysia dan perjuangkan hak kita... Peace✌️✌️

Saturday, 1 October 2022

 ~ Another Blessing Today💕~



Hari Ini dapat Buah Dabai & Buah durian lagi.. Yeaa.. 😘😋😋.. Jadi lah buat buah tangan untuk anak2 balik Miri... Dabai pun harga berpatutan.. Rm30perkg.. Sblm ni di Miri harga dalam RM70perkg.. Utk buah durian tu, saya beli Rm15 perkontena.. 


Cerita Hari Ini..

Hari Ini berpeluang sekali lagi travel bersama encik suami atas urusan kerja ke Lawas, Sarawak.. Sudah berbulan agak nya saya tidak dapat menemani encik suami travel bersama.. Perjalanan kami menggunakan kereta dari Miri.. Seperti biasa, dokumen & pas masuk ke negara Brunei hendaklah lengkap sebelum berlepas.. Pasport jangan lupa pulak😬



Tak sangka apa bila sampai ke Limbang, mata terus tertumpu ke tepi2 Jalan ternyata ada yang menjual buah durian.. Saya ni pantang tengok buah durian.. Hantu durian lah katakan.. Tak berfikir panjang terus berhenti di bahu jalan. 


Nah, dapat juga merasa.. Dapat makan sedikit pun dah happy sangat.. Apa tidak, sudah lama memendam rasa.. Sebab di Miri harga durian mahal dijual perkg lagi😪 hanya mampu di pandang..

Kesimpulan cerita saya hari ini, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dalam kehidupan kita.. Yang namanya Rezeki itu memang Tak kan pernah salah tempat. Ia akan hadir tanpa kita duga..