Wednesday, 25 July 2018

Monday, 23 July 2018

Kesayangan Mmy

Marcell Jok
Marcello Ding

Terasa begitu cepat masa berlalu...tanpa ku sedari kedua putera kembar mmy ni dah nak masuk 4 tahun...Syukur pada Tuhan kerana sentiasa memelihara keduanya..Mmy rasa macam tak percaya, tahun depan dah masuk sekolah dah...mmy tak sabar nak nak tengok reaksi serta gelagat kedua kesayangan mmy ni di hari pertama persekolahan mereka..Semoga Tuhan sentiasa melindungi dan memberkati kedua kesayangan mmy ni...jadilah anak yang baik dan takut akan Tuhan, sayangku....



Sunday, 8 July 2018

Special Day

 07 Julai...

I'm another year Older, getting Wiser, become Stronger & Most of all I'm getting LOVE....
#HappyBirthdayToMe.....



Thursday, 5 July 2018


Layan lagu duet Dato' Sri Siti Nurhaliza & Judika.....

Hari ini, bosan juga rasanya...
sesi persekolahan di tutup awal semalam, memandangkan paras air semakin naik....jadi, semua murid di arahkan balik ke kampung masing-masing...

#sentiasa berjaga walau dimanapun anda  berada....


Tuesday, 3 July 2018

Banjir Lagi..

Padang sekolah & rumah staff SK Long Bemang
Ikan tapah

SK Long Bemang....

Sebuah sekolah yang terletak di Daerah Apoh Tutoh..Kampung yang terkenal dengan ' Ikan Tapah'..
11 tahun lamanya aku telah bermastautin di Sekolah ini, demi menunaikan tanggungjawab yang digalas serta pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya.....

Beginilah keadaan sekolah tempatku berkhidmat..seringkali dilanda banjir...padang sekolah bagaikan lautan luas tatkala banjir menyerang.....

Akan tetapi, disebalik banjir yang menyerang terselit hikmah / nikmat..anda Tau kenapa? 
Ini adalah kerana setiap Kali banjir / Paras air tinggi pasti akan ada Ikan Tapah.... 

Monday, 2 July 2018

Family Trip ke Kota Kinabalu, Sabah

Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai KK) merupakan Ibu negeri  Sabah (negeri dibawah bayu). Bandar ini merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah.

Banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati, jadi kepada anda yang belum berkunjung ke negeri di bawah bayu ini, sila-silalah rancang percutian anda di kala ada ruang dan kesempatan...percayalah, anda tidak akan dikewakan....

#made by VivaVideo