Wednesday, 22 March 2023

Tempat Makan Sedap di Miri, Sarawak.

πŸ’¦RIAM CORNER FOOD COURT, MIRI
                                                                             
                                                                            
 
Alamat
Ground floor, Lot 9096 of parent lot 8720&8022, Blk. 1, LLD, Jalan Miri-Bintulu 98000 Miri, Sarawak


Hii warga Miri, kali ini saya ingin berkongsi salah satu lagi tempat makan yang menjadi tumpuan di Miri. Tempat makan ini betul2 di tepi Jalan Raya Miri- Bintulu..

Dekat sini pelbagai jenis makanan yang boleh kita jumpa, dari makanan Chinese, hingga ke Wesrtern Food. Tapi dekat sini, Non-Halal Food πŸ‘Œ 



Tempat ni buka dari pagi sampai malam, sebelah malam pun lagi ramai orang..sebab malam ada pangang2 juga...mau makan seefood pun ada semua...semua masakan pun sedap2 & harga sangat berpatutan...


    Dengan keadaan kita sekarang ni yang sukar mendapatkan daging Babi seperti dulu, adalah sangat sukar kita jumpa kedai yang ada serve sup campur..Nah, dekat sini ada tau...rasa pun fresh & sedap sangat...Yang pasti, anda tak kan menyesallah..😁


Sunday, 5 March 2023

FIRST TIME NAIK KAPAL BESAR & MEWAH

πŸ’¦ GENTING DREAM CRUISE - SINGAPORE - PENANG- LANGKAWI-SINGAPORE (4DAYS 3NIGHT) 



    Disini, saya ingin berkongsi pengalaman beberapa tahun lepas ketika pertama kali menaiki kapal besar & mewah..Disebabkan kapal ini berlabuh di Singapore, kami menaiki flight dari Miri direct ke Senai International Airport iaitu di Johor Bahru..Dari airport kami terus ke apartment yang terletak di Explanade Residences.
Bilik nya agak besar dan terdapat 2 katil Queen dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dapur yang complete termasuklah mesin mesin basuh. Harga apartment juga sangat berpatutan & Owner pun sangat ramah.

    Keesokkan paginya kami diarahkan untuk menunggu di Danga City Mall Bus station untuk ke Singapore menggunakan bas yang telah disediakan.

Setelah smpai di boader Singapore kita kena lalui imigresen & kastam. Smua luggage & hand carry kita kena bawa sekali ketika di melapor. Disana juga ada borang2 khas yang perlu kita isi juga..payah juga ya prosesnya tambahan juga disini sangat sesak, ramai sangat orang...Mujurlah ajen yang membantu memudahkan smua urusan kami kat sini....


Gambar diatas pula pendaftaran ketika di dalam kapal...setelah sampai di dalam kapal, kita kena berbaris & menunggu untuk mendaftar masuk...setelah mendaftar baru kita akan di beri pass & harus dipkai setiap masa tau ketika berada di atas kapal...

Setelah selesai pendaftaran & telah melalui pelbagai proses akhirnya kami dapat no bilik & kunci..perjalanan menuju ke bilik pun boleh tahan juga jauhnya...malah kami beberapa kali tersesatπŸ˜„Dalam kapal ni ada banyak level apalagi jumlah bilik2 yang ada..saya rasa kalau sehari pusing pun belum tentu dapat habis ..haahha




Suasana ketika makan..

                               
Nah,begini lah bilik yang saya pilih..jenis bilik ini adalah Balcony Stateroom x 01 unit Quad share..Bilik ini muat sampai 5 orang tau..Harga sebenarnya ikut paxs contohnya 1st Paxs cabin fare masa tu dalam RM3,411, 2nd Paxs cabin fare pula free & 3rd &4th paxs Cabin fare tu dalam RM852.75. Port Charge juga ada dikenakan dalam RM199.00. Bukan itu saja, pakej insurance pun ada disediakan tau dlm RM61.48 per person. 



Yang bestnya lagi smua keperluan mandi seperti berus gigi, sabun & sebagainya sudah tersedia tau malah air di sinki dalam tandas nya boleh terus diminum tau sebab air tu mmg air yang telah dirawat & selamat untuk diminum..Malah, ada save box juga tau...
                    




Bab makan pula, dalam kapal ini ada pelbagai jenis makanan..yang bestnya makan free tau..24 jam kedai tu buka untuk makan percuma 😁😁cuma ada sesetengah tempat makan tu yang berbayar..yang berbayar tu, mmg hight level punya makanan lah...untuk makanan tidak halah pun ada tau..

Gambar diatas pula pemandangan pada waktu malam..macam2 aktiviti yang boleh dilakukan..yang bestnya ada live band tau..




    Bagi yang kaki shoping, mesti anda tidak lepaskan peluang ketika berada di sini kerana rata-rata barang branded kat sini tiada cukai...tapi harganya bukan dlm Ringgit tau..Jangan lupa kita berada di Singapore bah...
    Bukan itu saja malah disini marata tempat bermain kasino..bagi kaki2 kasino, confirm tak lepas peluang punya!!

Tempat main untuk kanak2 pun sangat banyak..Untuk setiap permainan, ia akan dikira mengikut token & akan ditukar dalam bentuk dollar..smua token yang ditukar ke dollar akan dibayar ketika proses cek out nanti..okay..πŸ‘Œ Jangan pula asyik sangat bermain nanti tak pasal2 bajet melepas...hehehe




Destinasi pertama kami ada menuju ke Penang, sebaik sahaja kapal berlabuh kami tanpa membuang masa keluar dari kapal. Tapi ingat, jangan leka sangat dekat darat tu nanti tak pasal2 kena tinggal oleh kapal sebab kita akan had kan beberapa jam sahaja untuk keluar & kena kembali semula ke dalam kapal sebelum masa yang telah ditetapkan..













    Semasa berada di Penang, sempat juga pusing2 & membeli sedikit souvenir untuk dibawa balik...tidak lepas peluang juga untuk ke Penang hill & sempat merasa ais cream & famous ais kacang kat sana...Kami juga sempat ke Upside Down Museum & melawat ke Jetty Chew..Sebelum balik ke kapal kami sempat makan & merasa sendiri Char kue teow penang..


Hari kedua pula kita tiba di Langkawi...tempat yang kami sempat lawati adalah Langkawi Geopark. Dekat sini, kita di bawa keliling menggunakan perahu sambil melihat proses memberi helang makan..melihat gua serta bermacam jenis hidupan serta hutan yang segar...






Tanpa kita sedar, ini pula sudah malam terakhir kita kat sini..sedih pula rasa..macam tak cukup pula 3 malam kita kat sini....Untuk malam terakhir ni kita dikumpulkan dalam satu dewan besar untuk menyaksikan live show. Bermacam-macam persembahan disajikan & krew2 kapal juga diperkenalkan masa ini..tepat jam 12 tengah malam, ada pertunjukan bunga api pula sebagai tanda perpisahan kita..



Ini pula pemandangan pada keesokan harinya,setelah berkemas & bersedia untuk ke kaunter cek out kami keluar untuk pusing2 keliling kapal dari level bawah hinggalah level atas sekali...


Untuk urusan pembayaran, smua kena guna dollar tau..kena tukar siap2 & kena cukup untuk bayar time kita cek out...


Setelah selesai Cek out & kapal telah berlabuh semula di Singapore, kami keluar dari kapal dan menunggu bas sama yang membawa kami mula2 datang hari tu..Bas yang kami naiki itu adalah milik "Vacation Hub"..Servis meka ni sangat bagus tau..sangat2 membantu lagi2 orang yang baru macam kami...


Kalau ada rezeki lebih, nak sangat kembali lagi ke sini..tapi paham2 lah confirm kos sekarang tidak sama macam dulu...😬😬 Rasa bertuah & bersyukur sangat sebab sudah sempat merasa menaiki kapal mewah & sangat besar macam ni..sebab tak lama lepas tu, covid pun melanda sehingga berbulan kita lock down ...Semoga kita di beri peluang & kesempatan untuk ke sini lagi di masa akan datang..πŸ™πŸ™πŸ™