Tuesday, 28 February 2023

SALAH SATU KEDAI MAKAN YANG SEDAP DI MIRI- NON HALAL

💦BEE HO KOPITIAM, MIRI

Nah, kali ini saya nak kongsi salah satu tempat makan yang menjadi "favourite" saya di Miri ini... Makanan nya bukan sahaja sedap, banyak pilihan & fresh lagi..

    Kedai ini menyediakan menu sarapan pagi sehingga lah ke makan tengahri. Macam2 viarasi makanan yang boleh anda jumpa kat sini termasuk kuih-muih..yang menjadi favourite kat sini adalah mee sup Ikan..anda boleh pilih sendiri apa yang anda ingin campur dalam mee tersebut.


"Kolok Mee Kicap"

"Mee Sup Ikan Campur"

"Kuih-Muih"

Harga makanan kat sini smua berpatutan & sesuai dengan kualiti serta rasa makanan..Kedai ini terletak di Kawasan CentrePoint Phase II..Kalau susah-susah nak cari, google jak nama kedai & pasti akan jumpa punya...okay!!✌✌✌✌





 

Sunday, 26 February 2023

"HIDDEN BEACH IN MIRI, SARAWAK

 💦 Hawai Beach, Bakam

    


    Mesti ramai yang tak tau kewujudan pantai ini sebab agak terselindung. Pantai ini terletak di Kampung Bakam. 

    Jalan Masuknya dengan melalui jambatan kayu & hanya dengan berjalan kaki...

    





    
Kawasan riadah ini mempunyai banyak daya tarikan pantai yang menakjubkan ..Sangat sesuai untuk aktiviti riadah, aktiviti sosial serta aktiviti keluarga seperti berkelah, BBQ dan bersiar-siar di tepian pantai yang sangat cantik sambil-sambil menghirup angin senja yang segar...



yang paling dinikmati adalah memerhati terbenamnya matahari..🌅🌅🌅



    
    Hanya memandu selama 15minit sahaja dari bandar Miri untuk ke tempat ini..

    Keadaan pantainya yang putih dan bersih keliahatan sangat menarik dan mampu membuat fikiran kita tenang dan ini dapat membantu kita lari seketika dari kesibukan bekerja.


Saturday, 25 February 2023

JAMBATAN TERPANJANG DI RANTAU ASIA TENGGARA

 💦JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN, BRUNEI DARUL SALAM 

    Sesiapa yang pernah melalui jambatan ini pasti akan merasa woowww!!! Tergaman seketika melihat kemegahan serta teknologi pembinaa jambatan ini...Jambatan sepanjang 30km ini menghubungkan Mengkubau & Sungai Besar di Daerah Brunei-Muara ke Estet Labu di Daerah Temburong..

   
 Jambatan ini dibuka sepenuhnya pada 17 March 2020. Pembukaan jambatan ini ternyata memudahkan perjalanan Rakyat Brunei & Rakyat Malaysia di Sabah & Sarawak yang perlu merentasi Brunei untuk perjalanan anatra Miri, Lawas serta Sabah.



Jambatan ini telah menelan kos sebanyak 4.8 Billion & telah menjadi jambatan ke-6 terpanjang di Dunia..Jambatan ini sangat menjimatkan masa bagi yang direct dari Miri ke Lawas tanpa perlu memasuki Limbang..










Friday, 24 February 2023

"Musim Buah Di Kampung ku"

💦KAMPUNG LONG LIAM, BARAM

   
     Inilah masa yang sentiasa di tunggu-tunggu setiap tahun,iaitu musim buah..terutama musim raja buah ini..Sekali setahun dapat merasa, peluang tak akan sesekali dilepaskan. Makan sepuas-puas hati...😄😄

    Tidak hanya buah durian, buah Dabai juga menjadi salah satu buah favorite saya...Buah dabai ni hanya ada di Sarawak tau!! Buah dabai ni antara salah satu buah yang mahal sehingga mampu mencecah RM70 perkg..
  Buah Rambutan

Buah Durian yang telah difrozenkan..sedap, rasa macam makan ais cream durian

        Buah Dabai - Hanya di Sarawak saja boleh jumpa😬

Big Saiz

Semua Saiz XL😂


 

Thursday, 23 February 2023

"Salah Satu Tempat Yang Harus Di Kunjungi Bersama Anak2"

 💦WET WORLD WATER PARK, SHAH ALAM

 


Cuti sekolah dah bermula! Jom ke Wet Water World Shah Alam yang waterparknya mesra poket😄

Sesuai sangat untuk ibu bapa yang ada anak2 kecik sebab kebanyakan kolamnya agak cetek.

    Macam2 aktiviti air boleh dibuat dekat sini, Ada water slide, taman permainan dalam air sampailah Pirate Challenge (Jambatan goyang yang boleh anak cuba).


    Kalau korang yang malas beratur panjang beli tiket, boleh beli di shopee atau Klook..Hargapun jauh lebih murah..






Disebabkan kami datang jauh2 dari Sarawak anak2 mandi sepuas-puasnya sehari suntuk..bayangkan dari pagi hingga ke petang..itupun anak2 masih tak puas sampaikan tidak mau balik..😬😬





Tuesday, 21 February 2023

'' Salah Satu Makanan Excotics Yang menjadi Kegemaran"

 -KATAK GORENG TEPUNG CRUNCHY- 

    Tadaa...ini dia salah satu makanan exotics yang menjadi kegemaran saya termasuk anak-anak..Mungkin ramai yang tidak senang dengan bentuk fizikal katak ini yang membangkitkan kegelian. Namun, bagi pengemar katak tidak sedikitpun mengurangan selera untuk menjadikanya satu hidangan yang istimewa dan lazat..😋😋😋

    Setelah dibersihkan dengan sebersihnya, perap sekejap dengan garam & aji nomoto. Setelah itu, pecahkan telur sebiji kemudian gaul dengan tepung sebelum digoreng...Anda akan dapat menikmati isi katak yang manis serta dapat merasakan katak yang  garing dan sedap..Ayam goreng disebelah confirm tak pandang lagi..😁😁