Sunday, 16 October 2022

Short Escape ke Sipitang, Sabah

Bagi yang bekerja sendiri seperti kami adalah satu nikmat kalau dapat mencuri sikit masa untuk lari sebentar dari kesibukan kerja..bagi kami, percutian mmg tidak dapat di rancang sebab pekerjaan kami tidak mengira masa,tempat dan bila๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Hujung minggu macam ni mmg ramai orang jadi terpaksa menunggu que yang panjang untuk menaiki feri ke Kuala Lawas..

Setiba sampai di Pintu masuk negeri Sabah, kita akan dikehendaki menunjukan kad pengenalan kepada pegawai Imigresen disana..



Setiba sampai di pasar Beaufort, Sabah kami tidak melepaskan peluang untuk mencari soto sebab soto adalah salah satu makanan yang popular di sini tapi sedihnya, soto tak ada hari ini...

Kalau di tempat kami kui ini di panggil "kuih Boom", yang menariknya disini kuih boom nya sangat besar saiznya..dijual dalam RM2 sebiji..intinya ada macam2, ada bangkuang, ada kacang merah, ada daging..sedap & sangat berbaloi dengan harga..very recommended๐Ÿ˜‹ 


Adalah tidak lengkap kalau datang sini tidak singgah membeli ikan Bilis. Banyak gerai yang menjual ikan bilis serta ikan masin tidak ketinggalan juga udang kering..Yang bestnya, kita boleh tawar menawar dengan penjual..


Kali ini kami bernasib baik sebab terjumpa dengan penjual ketam dan lokan, Disini kita boleh dapat dengan harga yang sangat murah lagi2 masih hidup dan sangat fresh..




Di sekitar pasar Sipitang juga sangat ramai pengunjung terutama orang negara Brunei. Terdapat pelbagai buah2an serta makanan di jual digeri tepi2 jalan...Saya tertarik dengan "buah Dabai", hampir terkedu juga saya apabila menanya harga sekilo..RM50 perkg..๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Buah rambutan pun agak mahal sebab sekilo dalam RM15.00...
 

1 comment: